Home » Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah by Mohd. Fadzilah Kamsah
Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah Mohd. Fadzilah Kamsah

Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

Mohd. Fadzilah Kamsah

Published 2008
ISBN :
224 pages
Enter the sum

 About the Book 

Pendekatan yang diambil di dalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah ini cukup menarik dan agak berbeza daripada buku-buku motivasi yang ada. Ia mengupas satu prinsip yang penting iaitu prinsip Hijrah yang diamalkan oleh mereka yang berjayaMorePendekatan yang diambil di dalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah ini cukup menarik dan agak berbeza daripada buku-buku motivasi yang ada. Ia mengupas satu prinsip yang penting iaitu prinsip Hijrah yang diamalkan oleh mereka yang berjaya sebelum ini dan terus diamalkan oleh mereka yang cintakan kecemerlangan. Buku ini turut memaparkan kata-kata dan pemikiran tokoh-tokoh tempatan yang sudah pastinya lebih sesuai dengan acuan kita dan dapat diamalkan. Ia adalah buku yang perlu ada dalam simpanan kita semua untuk dibaca, dihayati dan dirujuk dari masa ke semasa.Dr. Tengku Asmadi Tengku MohamadPengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.Setiap hari kita berhadapan dengan perubahan. Sama ada perubahan yang bersifat positif ataupun negatif. Apa yang pasti, perubahan merupakan satu keperluan kerana perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Setiap orang Islam perlu ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik dan terbaik. Berubah daripada segala sifar mazmumah kepada mahmudah. Oleh itu, Allah mewajibkan membaca surah al-Fatihah pada setiap kali solat hambanya. Dalam surah ini terkandung ayat yang bermaksud, “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Persoalannya, bagaimanakah jalan yang lurus itu akan diperoleh jika kita tidak melakukan perubahan dan berkorban untuknya?Justeru, hasil tulisan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof ini diharap dapat menjadi panduan kepada pembaca terutama yang mahu berubah demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Sekalung tahniah buat kedua-dua penulis ini kerana mempunyai inisiatif bagi menghasilkan sekali gus menambah bilangan bahan bacaan bercorak motivasi dan pembangunan diri.Saya mengesyorkan supaya buku ini dimiliki, dibaca dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Hayatilah perubahan yang sebenar. Bukan sekadar di mulut tetapi selari dengan perbuatan. Mudah-mudahan perubahan yang dilakukan dapat memberikan impak yang besar dalam kehidupan pembaca.Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada kedua-dua penulis dan semoga usaha baik mereka ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca sekalian.DATO’ HJ. OTHMAN DESASetiausaha Politik kepadaYAB Perdana Menteri Malaysia